Tuesday, December 21, 2010

Rεṡυlτ pмr ώεÿh


assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua yang sudi singgah di blog rasmi pelajar sekolah menengah kebangsaan mahang ini.
post kali ini, LP tuju khas kepada semua pelajar yang lahir pada tahun 1995.
Tarikh 23 DISEMBER 2010 adalah tarikh keramat bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR 
pada tahun 2010.
macam mana perasaan korang semua? takut? gementar? seronok?
yang pastinya korang mesti tengah fikir kan 'apa lah result aku'...kan3?
alah..nervous tuh sudah semestinya kan?
wahai pelajar SMK Mahang yang lahir pada tahun 1955 sekalian,
tahukah anda bahawa visi dan misi sekolah ada tertulis bahawa menjadi sekolah cemerlang dalam PMR 2010??
jadi, LP di sini amat berharap semoga result PMR pada tahun 2010 ini akan lebih cemerlang dan berjaya mencapai sasaran.
harap anda semua bersabar dan berdoa kepada Allah S.W.T agar kita semua berjaya dengan cemrlangnya dalam PMR ini..
Seperti mana yang kita tahu, peperiksaan ini adalah penting untuk menentukan aliran apa yang kita bakal ceburi pada tahun hadapan..
jadi kawan2, bertawakal lah..
ingat ya! gagal sekali bukannya gagal untuk selama-lamanya..
jadi, LP amat berharap kita teruskanlah berusaha demi mengharumkan nama sekolah.
semoga berjaya


1 comment: